GALERI MULTIMEDIA

VIDEO VIDEO

 

HUBUNGI KAMI

INSTITUT KAJIAN SEJARAH DAN PATRIOTISME MALAYSIA (IKSEP) 

Graha IKSEP

No.6,

Jalan Mutiara Melaka 3,

Taman Mutiara Melaka,

Batu Berendam,

75350 Melaka

 

Tel:

06-317 4475

Tel:

06-317 5324

Tel:

06-317 5450

Tel:

06-317 6224

Fax:

06-317 2671

 

email

 

fb1fb2

 

SIAPA DI TALIAN

We have 25 guests and no members online

 


Utama / Korporat / Perutusan Pengurus Besar

PERUTUSAN PENGURUS BESAR

 

 

 

 perutusan

 

 

Syukur ke hadrat Allah swt atas kejayaan IKSEP untuk melaksanakan pembangunan Laman Web IKSEP. Pihak pengurusan berharap Laman Web ini akan manjadi satu jaringan komunikasi maya antara warga IKSEP dengan generasi muda serta masyarakat luar untuk turut sama berkongsi dan memelihara serta menerapkan nilai jati diri dan patriotisme yang tinggi bukan hanya pada negara malah juga bangsa dan agama. Terdapat banyak perkara, peristiwa dan maklumat yang dapat dikongsi bersama pelawat yang mengunjungi Laman Web IKSEP.

 

Menjadi tanggungjawab IKSEP untuk menerangkan dan menyampaikan maklumat tentang keterlibatan masyarakat dan generasi muda di dalam usaha meningkatkan semangat patriotisme, perpaduan dan jati diri yang unggul bagi membentuk sebuah negara bangsa yang berjaya demi memperkukuhkan warisan dan sejarah negara.

 

Perjalanan IKSEP masih jauh untuk menyebar dan berusaha meningkatkan semangat jati diri dan patriotisme serta bergerak seiring dengan hasrat kerajaan untuk membentuk modal insan yang berjaya.

 

Sebagai badan yang bertanggungjawab menanam dan mempertingkatkan semangat patriotisme kepada masyarakat di Melaka khasnya dan Malaysia amnya maka program dan aktiviti IKSEP dilaksanakan secara berterusan dengan harapan dapat meningkatkan semangat jati diri yang sedia ada dalam kalangan masyarakat.

 

Salam Patriotik

Salam 1 Malaysia

 

Y.BHG DATUK DR. AZIZ BIN UJANG

Pengurus Besar

Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)